Mengenai Ganjaran Agoda
Program Ganjaran Agoda memudahkan Mata Ganjaran dikumpul bagi tempahan yang dibuat melalui agoda.com, PlanetHoliday.com, PrecisionReservations.com, dan laman Agoda Travel Network lain. Dengan 26,900 hotel di lebih 100 negara serata dunia, Program Ganjaran Agoda menawarkan pilihan hotel hebat yang membolehkan anda menebus Mata Ganjaran anda.
Apakah manfaat menjadi ahli Ganjaran Agoda
Keahlian Ganjaran Agoda adalah percuma dan menawarkan faedah yang hebat. Melalui Tawaran Istimewa Ahli Sahaja, anda boleh menebus Mata Ganjaran untuk penginapan percuma. Tawaran istimewa ini dikemaskini setiap bulan dan tersedia berasaskan konsep tiba dahulu, layan dahulu. Standard Awards membolehkan anda menebus mata untuk penjimatan tunai 5-7% atas harga hotel kami yang telah didiskaunkan.
Ketahui lebih lanjut mengenai Bagaimana mengumpul Mata Ganjaran
a) Mata dikumpul berdasarkan nilai tunai yang dicaj ke kad kredit anda bagi tempahan lengkap yang dibuat melalui laman Agoda Travel Network yang turut serta. Setiap dolar yang anda belanjakan bersamaan dengan 25 Mata Ganjaran. Contohnya, jika anda membuat tempahan bernilai USD$1,000 dan jumlah penuh dicaj ke kad kredit anda, anda akan menerima 25,000 mata. Ahli Elite75 m endapat 25% lebih mata bagi setiap dolar tempahan. Setiap dolar mendapat 31.25 mata. b) Ahli Ganjaran Agoda boleh memungut Mata Ganjaran setiap kali mereka membuat tempahan bagi pihak kawan dan ahli keluarga. Malah, jika anda merujuk ahli keluarga, kawan atau rakan sekerja kepada Ganjaran Agoda, anda boleh mendapat 100 Mata Ganjaran bagi tiga rujukan pertama. c) Setelah anda mendaftar keluar dari hotel penginapan, anda akan dipelawa untuk memberi maklum balas. Setiap ulasan hotel bernilai 500 Mata Ganjaran. Bagaimana menebus Mata Ganjaran Anda boleh memilih "Tebus" pada borang tempahan ketika membuat tempahan di laman Agoda Travel Network yang turut serta. Nota: Sekurang-kurangnya 5,000 mata yang ditebus diperlukan bagi tempahan hotel standard bagi semua ahli. Ahli Premier mesti menebus mata berdasarkan skala tebusan berikut. | Tahap Ganjaran | Mata Ditebus | Penjimatan (Dolar Amerika) | | 1 | 5,000 | 10.00 | | 2 | 12,500 | 25.00 | | 3 | 25,000 | 50.00 | | 4 | 37,500 | 75.00 | | 5 | 50,000 | 100.00 | | 6 | 62,500 | 125.00 | | 7 | 75,000 | 150.00 | | 8 | 100,000 | 200.00 | | 9 | 200,000 | 400.00 | | 10 | 300,000 | 600.00 |
Ahli Elite 75 mesti menebus mata berdasarkan skala tebusan berikut. | Tahap Ganjaran | Mata Ditebus | Penjimatan (Dolar Amerika) | | 1 | 5,000 | 10.00 | | 2 | 10,000 | 20.00 | | 3 | 15,000 | 30.00 | | 4 | 20,000 | 40.00 | | 5 | 25,000 | 50.00 | | 6 | 30,000 | 60.00 | | 7 | 35,000 | 70.00 | | 8 | 40,000 | 80.00 | | 9 | 45,000 | 90.00 | | 10 | 50,000 | 100.00 | | 11 | 60,000 | 120.00 | | 12 | 70,000 | 140.00 | | 13 | 80,000 | 160.00 | | 14 | 90,000 | 180.00 | | 15 | 100,000 | 200.00 | | 16 | 110,000 | 220.00 | | 17 | 120,000 | 240.00 | | 18 | 130,000 | 260.00 | | 19 | 140,000 | 280.00 | | 20 | 150,000 | 300.00 | | 21 | 160,000 | 320.00 | | 22 | 170,000 | 340.00 | | 23 | 180,000 | 360.00 | | 24 | 190,000 | 380.00 | | 25 | 200,000 | 400.00 | | 26 | 210,000 | 420.00 | | 27 | 220,000 | 440.00 | | 28 | 230,000 | 460.00 | | 29 | 240,000 | 480.00 | | 30 | 250,000 | 500.00 | | 31 | 260,000 | 520.00 | | 32 | 270,000 | 540.00 | | 33 | 280,000 | 560.00 | | 34 | 290,000 | 580.00 | | 35 | 300,000 | 600.00 |
Penafian Program Ganjaran Agoda dan faedah yang ditawarkan adalah berdasarkan budi bicara Ganjaran Agoda dan laman Agoda Travel Network yang turut serta. Ganjaran Agoda berhak mengubah suai atau menamatkan, secara sementara atau kekal, perkhidmatan yang ditawarkan, termasuklah tahap mata, keseluruhannya atau sebahagiannya atas apa-apa sebab, mengikut budi bicaranya sendiri, dengan atau tanpa notis terlebih dahulu kepada ahli-ahlinya. Ganjaran Agoda boleh, antara lain, menarik balik, menghadkan, mengubahsuai atau membatalkan sebarang Tawaran Istimewa atau hotel yang memaparkan logo Ganjaran Agoda; meningkatkan mata yang diperlukan untuk sebarang Tawaran Istimewa atau tempahan hotel standard; mengubahsuai atau mengawal ketersediaan Tawaran Istimewa atau faedah. Dengan menjadi ahli Program Ganjaran Agoda, anda bersetuju bahawa Ganjaran Agoda dan laman Agoda Travel Network tidak akan dikenakan tanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga bagi sebarang pengubahsuaian atau penamatan Program Ganjaran Agoda. |