Selamat datang ke Agoda Daftar masuk Sertai Ketahui lebih lanjut
Hotel Ulasan Ganjaran Mengenai 24/7 Bantuan
   
GanjaranAgoda

Profil anda

Urus profil anda, ubah butiran kad kredit anda, semak Mata Ganjaran anda, tulis ulasan hotel dan banyak lagi...klik di sini

Masalah Log Masuk

Lupa kata laluan anda? Cuma masukkan ID Ahli anda atau alamat e-mel yang didaftarkan dengan Ganjaran Agoda, dan kami akan e-melkan butiran anda dengan segera. Jika anda perlukan bantuan, klik di sini.

Istimewa Ganjaran

Semak tawaran dan promosi terbaru Ganjaran Agoda!
klik di sini
 

Soalan Lazim Ganjaran Agoda

Umum
1. Apakah Program Ganjaran Agoda dan bagaimana ia berfungsi?
Program Ganjaran Agoda memudahkan anda memungut Mata Ganjaran dengan membuat tempahan melalui laman Agoda Travel Network. Dengan hotel 33,000 di lebih 100 negara serata dunia, Program Ganjaran Agoda menawarkan pilihan hotel hebat yang membolehkan anda menebus Mata Ganjaran anda.

Keahlian
2. Bagaimana saya menjadi ahli Ganjaran Agoda?
Keahlian Ganjaran Agoda adalah percuma. Anda cuma perlu membuat tempahan dan anda secara automatik akan didaftarkan sebagai ahli Ganjaran Agoda, atau daftarkan diri di rewards.agoda.com.my. ID keahlian Ganjaran Agoda dan kata laluan akan dihantar ke alamat e-mel anda supaya anda boleh memasuki akaun anda dan menikmati faedah Ganjaran Agoda.

3. Apakah tahap keahlian Ganjaran Agoda?
Ganjaran Agoda menawarkan dua tahap keahlian: Premier dan Elite 75.

Ahli Premier
Semua ahli baru akan secara automatik diberikan Keahlian Premier. Bagi setiap dolar yang anda gunakan, 25 mata akan dikreditkan ke akaun anda. Mata boleh ditebus untuk penjimatan tunai bagi tempahan tetap atau boleh ditebus untuk Tawaran Istimewa Ahli Sahaja, yang berdasarkan tiba dahulu, layan dahulu.

Ahli Elite 75
Kumpul lebih daripada 75,000 mata dalam satu tahun kalendar dan anda boleh menjadi Ahli Elite 75. Ini melayakkan anda menerima 31.25 mata bagi setiap dolar yang anda gunakan bagi membuat tempahan, serta membolehkan anda menebus mata mengikut skala yang lebih fleksibel. Jika Mata Ganjaran ditebus sepanjang tahun, ahli mesti mengumpulkan mata secukupnya agar mempunyai baki sekurang-kurangnya 75,000 mata sebelum 31 Disember untuk mengekalkan status Elite 75. Jika mata tidak mencukupi, taraf keahlian anda akan diturunkan kepada Ahli Premier sehingga anda memiliki baki sekurang-kurangnya 75,000 mata.

4. Bagaimana jika saya telah membuat tempahan sebelum Ganjaran Agoda dilancarkan?
(Tarikh dilancarkan: 20 Julai 2004)

Mana-mana tempahan yang dibuat sebelum Program Ganjaran Agoda dilancarkan tidak layak mendapat keahlian mahupun Mata Ganjaran.

5. Saya adalah ahli bagi Program Gabungan Market Agoda – Bolehkah saya menjadi ahli bagi Program Ganjaran Agoda?
Ahili-ahli bagi Program Gabungan Market Agoda tidak diberikan hak sebagaimana keahlian Akaun Mata Ganjaran Agoda dan kelebihannya.

Mata Ganjaran :

Pengumpulan Mata
6. Bagaimanakah saya boleh mengumpul mata dan apakah jumlah mata yang terkumpul bagi setiap tempahan?
a) Mata yang dikumpul berpandukan nilai tunai yang dicajkan kepada kad kredit anda bagi setiap tempahan lengkap yang dibuat melalui laman turut serta Agoda Travel Network. Setiap dolar yang digunakan bersamaan dengan 25 Mata Ganjaran. Sebagai contoh, jika anda membuat tempahan bernilai USD$1,000 dan jumlah penuh itu dicajkan ke kad kredit anda, anda akan menerima 25,000 mata bagi transaksi tersebut. Ahli Elite 75 mendapat bonus 25% mata tambahan.Setiap dolar mendapat 31.25 mata.

b) Semua tempahan yang dilakukan melalui akaun anda akan mendapat mata ganjaran. Sama ada untuk anda sendiri atau keluarga anda.

c) Sebagai ahli Ganjaran Agoda, anda boleh membuat tempahan bagi pihak kawan dan ahli keluarga dan mengumpul Mata Ganjaran. Selain itu, jika anda memperkenalkan ahli keluarga, kawan atau rakan sekerja kepada Ganjaran Agoda, anda mendapat 100 Mata Ganjaran bagi tiga rujukan pertama.

d) Anda dikehendaki menyediakan maklum balas apabila anda mendaftar keluar dari hotel. Sebagai promosi istimewa yang terhad untuk tempoh 1 Ogos 2008, kami akan menggandakan mata ganjaran sebanyak 500 hingga 2,500 mata yang melebihi USD 5 apabila anda menghantar ulasan anda.

7. Apakah mata dua kali ganda?
Semua tempahan hotel yang mempunyai logo dua kali ganda akan membolehkan anda memungut mata dua kali ganda daripada biasa. Contohnya, jika anda membuat tempahan bernilai USD$1,000 dan jumlah penuh itu dicajkan kepada kad kredit anda, anda akan menerima 50,000 mata bagi transaksi tersebut (iaitu dua kali ganda 25,000 mata) Ahli Elite 75 mengumpul 25% Mata Bonus tambahan (62,500 mata). Dapatkan dua kali ganda mata sekarang dengan mana-mana tempahan di Hotel Kowloon Hong Kong.

8. Bagaimana saya boleh menyemak baki mata saya?
Anda perlu log masuk ke akaun anda di http://rewards.agoda.com.my dan klik pada tab 'Mata & Transaksi' untuk melihat butiran transaksi anda sebelum ini. Baki mata anda akan dipamerkan di laman ini.

9. Berapa lama sebelum Mata Ganjaran Agoda saya dikreditkan ke dalam akaun saya?
Mata Ganjaran dikreditkan ke dalam akaun anda 30 hari selepas tarikh pelepasan anda dari hotel. Untuk butiran lanjut, sila rujuk Terma & Syarat kami.

10. Bagaimanakah saya mendapatkan kredit bagi transaksi yang hilang?
Hubungi Bahagian Ganjaran kami atau hantarkan pertanyaan kepada kami melalui e-mel menggunakan ID Ahli anda, ID tempahan yang berkaitan dan butiran tempahan. Setelah transaksi tersebut disahkan, kami akan membuat pelarasan di akaun anda.

11. Mata Ganjaran saya sah untuk berapa lama?
Semua mata ganjaran yang tertera dalam kalendar tahunan boleh digunakan sehingga 31 Disember pada kalendar tahun berikutnya. Mata ganjaran yang telah tamat tempoh tidak akan dikembalikan dan akan dilupuskan daripada akaun anda. Mata ganjaran yang diperolehi pada Jun 2008, akan tamat tempoh pada 31 Disember 2009.

12. Bolehkah saya membeli mata?
Mata Ganjaran Agoda tidak boleh dibeli.

13. Adakah saya akan mendapat mata ganjaran untuk tempahan yang dilakukan di bawah Polisi Jaminan Kadar Harga Terendah?
Mata Ganjaran Agoda tidak akan diberikan untuk tempahan yang telah disahkan di bawah Polisi Jaminan Kadar Harga Terendah. Untuk maklumat lanjut bagi Jaminan Harga Terendah, sila rujuk Polisi kami.

Penebusan Mata
14. Apakah jumlah mata minimum yang boleh saya tebus dan apakah Ganjaran Standard?
Tahap penebusan minimum adalah 5,000 mata bagi semua ahli. Ahli Premier boleh menebus Mata Ganjaran bagi mana-mana tempahan hotel standard yang dibuat melalui laman Agoda Travel Network turut serta mengikut skala penebusan di bawah:

Tahap GanjaranMata yang DitebusPenjimatan (Dolar Amerika Syarikat)
15,00010.00
212,50025.00
325,00050.00
437,50075.00
550,000100.00
662,500125.00
775,000150.00
8100,000200.00
9200,000400.00
10300,000600.00

Nilai mata tidak boleh digabungkan semasa melakukan tempahan hotel standard. Promosi Tawaran Istimewa mungkin menggunakan skala boleh ubah bagi penebusan mata dan ini tidak tertakluk kepada Tahap Ganjaran Standard.

Ahli Elite 75 mempunyai polisi lebih fleksibel dengan adanya 35 tahap penebusan.

Tahap GanjaranMata yang DitebusPenjimatan (Dolar Amerika Syarikat)
15,00010.00
210,00020.00
315,00030.00
420,00040.00
525,00050.00
630,00060.00
735,00070.00
840,00080.00
945,00090.00
1050,000100.00
1160,000120.00
1270,000140.00
1380,000160.00
1490,000180.00
15100,000200.00
16110,000220.00
17120,000240.00
18130,000260.00
19140,000280.00
20150,000300.00
21160,000320.00
22170,000340.00
23180,000360.00
24190,000380.00
25200,000400.00
26210,000420.00
27220,000440.00
28230,000460.00
29240,000480.00
30250,000500.00
31260,000520.00
32270,000540.00
33280,000560.00
34290,000580.00
35300,000600.00

15. Bagaimanakan saya menebus mata Ganjaran Agoda saya?
Anda boleh memilih pilihan 'Tebus' di borang tempahan ketika tempahan dibuat di laman Agoda Travel Network.

16. Bagaimanakah saya tahu hotel mana tersedia untuk dibuat penebusan?
Anda boleh menebus mata anda di mana-mana hotel yang kami tawarkan (tawaran ini tidak termasuk Oriental Hotel Bangkok, kerana ia memerlukan pelanggan membuat bayaran terus di hotel).

17. Saya telah memilih pilihan penebusan yang salah. Bolehkah saya menebus Tahap Ganjaran yang lain?
Tiada sebarang pindaan kepada mata yang telah ditebus dibenarkan setelah kami meluluskan atau cajkan kad kredit anda. Anda hanya boleh menebus tahap ganjaran lain sekiranya tempahan anda bukan dalam tempoh 10 hari dari tarikh ketibaan / daftar masuk.

18. Saya belum menebus mata di borang tempahan. Adakah saya masih mempunyai pilihan untuk membuat penebusan?
Ya, anda masih boleh menebus mata anda, dengan syarat tempahan anda bukan dalam tempoh 10 hari dari tarikh ketibaan / daftar masuk, dan kami masih belum meluluskan kad kredit anda bagi pembayaran. Tiada sebarang pndaan kepada mata yang telah ditebus dibenarkan setelah kami meluluskan atau cajkan kad kredit anda.

19. Bolehkah saya menebus mata saya untuk kawan dan keluarga?
Mata tidak boleh ditebus bagi pihak kawan mahupun keluarga. Mata hanya boleh ditebus apabila salah satu daripada nama tetamu sepadan dengan nama ahli dan nama pada Kad Kredit yang digunakan.

Pemindahan Mata
20. Adakah Mata Ganjaran saya boleh dipindahmilik?
Secara umumnya, mata tidak boleh dipindahmilik. Sekiranya anda telah menggunakan Kad Kredit anda untuk membayar tempahan yang dibuat atas nama ahli yang bukannya nama anda, anda boleh memindah mata sepadan dengan jumlah yang dicajkan ke Kad Kredit anda kepada akaun anda dan hanya dengan kebenaran pemilik akaun di mana tempahan dilakukan.

Satu lagi pengecualian bagi pemindahan mata adalah untuk akaun yang didaftarkan di bawah nama yang sama, di mana satu akaun salinan telah dibuat akibat kesilapan teknikal. Dalam kes sebegini, kedua-dua akaun akan disatukan.

21. Bagaimanakah saya memindahkan mata antara akaun?
Jika anda ingin memindahkan mata dari akaun ahli lain ke akaun anda kerana anda telah menggunakan Kad Kredit anda untuk membuat sebahagian pembayaran tempahan, anda perlu meminta pemilik akaun tersebut untuk menghantar e-mel ke rewards@agoda.com bagi memberi kebenaran. Anda akan menerima mata sepadan dengan jumlah yang telah dicajkan ke Kad Kredit anda.

Jika anda ingin memindahkan mata antara akaun yang didaftarkan di bawah nama yang sama, anda perlu membuktikan bahawa anda pemilik kedua-dua akaun tersebut kepada kami. Ini bermaksud nama yang didaftarkan, butiran perhubungan, butiran Kad Kredit bagi kedua-dua akaun mestilah sama. Permintaan untuk menyatukan akaun dan memindahkan mata ke akaun sedia ada dan untuk menamatkan akaun salinan baru, sila e-mel rewards@agoda.com.

Tawaran Istimewa:

22. Apakah Tawaran Istimewa Ahli Sahaja?
Tawaran Istimewa disediakan secara eksklusif untuk ahli Ganjaran Agoda. Tawaran Istimewa ini terhad di hotel terpilih dan ahli boleh menebus mata untuk mendapatkan penginapan percuma. Tiada transaksi tunai atau caj kad kredit boleh digunapakai untuk Tawaran Istimewa.

Tawaran Istimewa Ahli Sahaja dikemas kini setiap bulan dan tersedia berasaskan tiba dahulu, layan dahulu. Ahli akan dimaklumkan mengenai tawaran melalui surat berita Tawaran Istimewa bulanan. Ingat, jika anda terlepas Tawaran Istimewa, anda sentiasa boleh menjimatkan wang melalui penebusan mata di hotel kami.

23. Saya tidak mempunyai mata secukupnya bagi Tawaran Istimewa Ahli Sahaja. Bolehkah saya membeli mata atau gunakan tunai untuk pakej Tawaran Istimewa?
Maaf, kami tidak membenarkan ahli membeli mata atau menggunakan tunai bagi mendapatkan pakej Tawaran Istimewa.

24. Saya telah menempah pakej Tawaran Istimewa Ahli Sahaja dan ingin memanjangkan tempoh penginapan saya. Apakah yang perlu saya lakukan?
Jika anda telah menempah pakej Tawaran Istimewa dan ingin memanjangkan tempoh penginapan anda, anda perlu menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami untuk menguruskannya. Mereka boleh membantu memproses tempahan tambahan di bawah nama anda dan mengelakkan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul.

25. Berapakah pakej Tawaran Istimewa Ahli Sahaja yang boleh saya tempah dan bolehkah saya tempah pakej Tawaran Istimewa untuk kawan dan keluarga saya?
Tidak terdapat had atas bilangan pakej Tawaran Istimewa yang anda bolh tempah, tertakluk kepada ketersediaannya. Walau bagaimanapun,tarikh daftar masuk yang dipilih tidak boleh bertindih. Pakej Tawaran Istimewa tidak boleh ditempah bagi pihak kawan dan keluarga.

26. Adakah mata saya dikembalikan jika saya membatalkan tempahan Tawaran Istimewa Ahli Sahaja?
Tidak. Ini kerana Tawaran Istimewa disediakan hanya bagi ahli Ganjaran Agoda dan ketersediaadaannya adalah terhad. Semua pakej Tawaran Istimewa tidak boleh dikembalikan.

Penyelesaian masalah:

27. Mengapakah kad kredit saya tidak diterima?
Sila pastikan yang anda telah memasukkan nombor kad kredit yang betul. Jika anda telah menggunakan butiran yang betul dan masih mengalami masalah, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan.

28. Saya telah memasukkan kata laluan yang dihantar melalui e-mel yang didaftarkan dengan Program Ganjaran Agoda, dan ia memberi mesej ralat: "Maklumat yang anda masukkan tidak sah.”Apakah kesilapan saya?
Kata laluan anda sensitif huruf, sila semak untuk memastikan kata laluan yang betul dimasukkan. Jika anda telah menggunakan butiran yang betul dan masih mengalami masalah, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan. Anda juga boleh memohon untuk mendapat kembali kata laluan melalui pautan 'Lupa kata laluan anda?'.

29. Bagaimana jika saya tidak menerima ID Ahli dan kata laluan saya selepas membuat tempahan?
Jika anda belum menerima ID Ahli dan kata laluan anda setelah melengkapkan proses tempahan, sila hantarkan butiran ID Tempahan anda kepada kami melalui e-mel ke rewards@agoda.com. Kami akan dapatkan kembali maklumat berkenaan dan mengirim maklumat tersebut ke alamat e-mel yang kami ada.

30. Mengapakah ulasan hotel saya tidak dipaparkan di laman web?
Semua ulasan hotel disemak oleh editor untuk memastikan kandungannya tidak mengandungi bahasa kesat atau kasar sebelum dipaparkan di laman web kami. Semakan penyuntingan tersebut biasanya mengambil masa tidak lebih 7 hari. Mana-mana ulasan yang didapati kasar dan tidak sesuai untuk disiarkan tidak akan dipaparkan di laman web.
 Hotel  Ulasan  Ganjaran  Mengenai  24/7 Bantuan
AGODA ialah tanda dagang oleh AGIP LLC, digunakan di bawah lesen oleh Agoda Company Pte. Ltd