SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT TELAH DIUBAHSUAI PADA 26 JUN 2008. MAKLUMAT LANJUT YANG PALING TERKINI, SILA LIHAT DALAM BAHASA MALAYSIA UNTUK TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT.
Peruntukan-peruntukan berikut membentuk dasar Program Ganjaran Agoda. Peruntukan-peruntukan ini bertujuan melindungi anda, ahli Ganjaran Agoda, Planet Holiday, Agoda Company Pte Lte [Agoda], ahli turut serta Agoda Travel Network dan syarikat gabungannya. Penyertaan anda dalam program ini akan dikawal oleh peruntukan-peruntukan ini, dan menjadi tanggungjawab anda untuk membaca dan memahami kesemuanya. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Ganjaran Agoda atau laman turut serta Agoda Travel Network, termasuk agoda.com, PlanetHoliday.com, atau PrecisionReserations.com.
Dengan menyertai Program Ganjaran Agoda, mata transaksi, atau penggunaan mana-mana aspek program tersebut, anda bersetuju untuk terikat dengan garis panduan ini. Peraturan-peraturan program ini tidak boleh diganti atau diubah, kecuali secara bertulis dari Agoda Company Pte Ltd.
1. Keahlian Ganjaran Agoda dan faedahnya ditawarkan atas budi bicara Agoda Company Pte Ltd dan syarikat gabungannya, dan Agoda mempunyai hak untuk menamatkan Program ini atau menukar peraturan, faedah, syarat penyertaan atau tahap ganjaran Program, sepenuhnya atau sebahagiannya, pada bila-bila masa, dengan atau tanpa notis, walaupun perubahan tersebut mungkin membawa kesan kepada nilai Mata Ganjaran yang telah dikumpul. Agoda boleh, antara lain, menarik balik, mengehadkan, mengubahsuai, atau membatalkan mana-mana Tawaran Khas Ahli Saja; meningkatkan tahap mata yang diperlukan bagi mana-mana tempahan hotel; mengubahsuai atau mengawal kebolehpindahan Mata Ganjaran atau faedah; menambah bilangan tarikh 'blackout' tanpa batas; atau mengehadkan bilangan tempahan hotel dan tawaran khas tersedia di mana-mana atau kesemua hotel. Ahli Ganjaran Agoda, dalam proses mengumpul Mata Ganjaran, tidak boleh bergantung kepada ketersediaan berterusan Tawaran Khas atau tahap ganjaran, dan ahli mungkin tidak dapat memperoleh semua Tawaran Khas yang ditawarkan atau menggunakan Mata Ganjaran untuk semua hartanah.
2. Penyertaan dalam Program Ganjaran Agoda ("Program") tertakluk kepada terma dan syarat, peraturan, tatacara, polisi dan prosedur ("Peraturan Program") yang Agoda boleh, atas budi bicaranya, gunakan dari semasa ke semasa. Agoda mempunyai hak mutlak untuk mentafsir dan melaksanakan Peraturan-Peraturan Program. Sebarang kegagalan mematuhi Peraturan-Peraturan Program, sebarang penyalahgunaan keistimewaan Program, sebarang kelakuan yang menjejaskan kepentingan Agoda, atau sebarang salah nyata maklumat yang diberi kepada Agoda atau gabungannya oleh mana-mana ahli, atau sesiapapun yang bertindak bagi pihak ahli, boleh menyebabkan penamatan keahlian, pembatalan mata terakru, ganjaran atau faedah, atau kedua-duanya.
3. Agoda mempunyai hak untuk mengaudit mana-mana dan semua akaun Ganjaran Agoda bila-bila masa agar mematuhi Peraturan Program tanpa notis kepada ahli Program. Dalam keadaan audit menunjukkan percanggahan atau kemungkinan pelanggaran, proses permintaan penebusan ganjaran mungkin tergendala sehingga audit selesai.
4. Setiap ahli adalah bertanggungjawab untuk memahami Peraturan-Peraturan Program dan jumlah Mata Ganjaran dalam akaun masing-masing. Agoda akan berusaha memberitahu ahli aktif tentang pelbagai perkara menarik melalui cara yang sesuai seperti ringkasan akaun, surat berita dan laman webnya, tetapi Agoda tidak akan bertanggungjawab jika gagal berbuat demikian.
5. Pengumpulan Mata Ganjaran dan penebusan mata berkenaan tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Program spesifik yang dilaksanakan oleh Agoda. Setiap ahli bertanggungjawab membaca bahan-bahan berkenaan agar memahami hak dan tanggungjawabnya di bawah Program ini. Mata, manfaat, ganjaran yang diperoleh atau yang diberi bawah Program tidak dibenarkan sama sekali dipindahmilik atau diserahkan kepada orang lain.
6. Program Ganjaran Agoda dilaksanakan bagi manfaat dan penyertaan ahli individu sahaja. Hanya individu persendirian layak menjadi ahli Ganjaran Agoda, dan setiap ahli boleh mempunyai satu akaun sahaja. Akaun salinan tertakluk kepada pembatalan.
Hanya ahli yang dinamakan dalam akaun diberi akses kepada maklumat akaun persendirian. Rakan kerjasama Agoda tidak layak menyertai Program Ganjaran Agoda.
7. Mata Ganjaran Terakru bukan merupakan harta kepunyaan ahli. Mata Ganjaran Diakru tidak boleh dipindah milik (i) atas sebab kematian, (ii) sebagai sebahagian daripada hal pertalian keluarga, atau (iii) sebaliknya melalui pelaksanaan undang-undang.
8. Penjualan atau pertukaran mana-mana Mata Ganjaran, ganjaran, atau manfaat selain daripada Agoda dilarang sama sekali. Sebarang Mata Ganjaran, ganjaran atau manfaat yang dipindah milik, diserahkan atau dijual dengan melanggar Peraturan Program, selain akan mendedahkan ahli kepada penalti yang dikaitkan dengan melanggar peraturan, akan dirampas atau dibatalkan.
Penggunaan tempahan hotel yang telah diperoleh melalui pembelian, pertukaran, atau cara-cara lain yang melanggar Peraturan Program boleh mengakibatkan pembatalan tempahan, tidak dibenarkan memasuki hotel atas nama tetamu yang telah didaftarkan, dan, di bawah budi bicara Agoda, penyempurnaan penginapan di hotel hanya apabila pembayaran dibuat pada kadar yang berkaitan.
9. Mana-mana ahli yang gagal pada bila-bila masa untuk menggunakan akaunnya bagi tempoh tiga puluh enam (36) bulan secara berturut-turut akan ditamatkan keahliannya dan kehilangan semua Mata Ganjaran terakru.
10. "Aktiviti Akaun," untuk tujuan Peraturan-Peraturan ini, akan dianggap berlaku apabila ahli mengakru Mata Ganjaran dalam akaunnya melalui sebarang cara yang dinyatakan di dalam Peraturan-Peraturan ini, atau dengan cara lain yang diluluskan oleh Agoda, atau apabila ahli menebus sebarang Ganjaran Agoda atau ganjaran rakan kerjasama melalui penggunaan Mata Ganjaran dalam akaun ahli.
11. Hanya ahli Ganjaran Agoda layak mengakru Mata Ganjaran dalam Program dengan mengambil manfaat daripada kaedah akruan yang diiktiraf di bawah Program. Ahli tidak boleh mengakru Mata Ganjaran bagi penggunaan perkhidmatan, sama ada tempahan hotel atau sebaliknya, oleh mana-mana individu, haiwan, objek, atau entiti lain.
12. Pada masa ini, Mata Ganjaran boleh diakru dengan membuat tempahan hotel melalui agoda.com, PlanetHoliday.com, PrecisionReservations.com atau laman web lain milik Agoda Travel Network, dengan menggunakan kad kredit sah untuk membuat bayaran tempahan atau membeli barangan dan perkhidmatan untuk Mata Ganjaran boleh diakru. Agoda mempunyai hak untuk menetapkan cara tambahan untuk mengakru Mata Ganjaran, untuk memadam mana-mana atau semua cara yang diiktiraf pada masa kini, atau menolak jenis transaksi tertentu daripada pengumpulan Mata Ganjaran.
13. Mata Ganjaran hanya boleh diakru bagi penginapan hotel yang benar-benar diambil atau dilakukan oleh ahli selepas tarikh pendaftaran rasmi ahli, dan boleh digunakan hanya bagi akaun ahli sahaja. Mata Ganjaran terakru bagi tempahan hotel lengkap akan dikreditkan ke akaun ahli 30 hari selepas tarikh pelepasan dari hotel. Mata Ganjaran hanya akan dikreditkan bagi tempahan hotel yang dibuat oleh ahli sahaja. Mata Ganjaran tidak akan diberi bagi pembatalan tempahan hotel.
14. Mata Ganjaran boleh terakru hanya bagi tempahan hotel yang telah dibayar dan dilengkapkan di hartanah hotel turut serta. Jumlah Mata Ganjaran terakru akan ditentukan oleh nilai tunai yang dibayar oleh ahli. Nilai tunai ialah jumlah yang dicajkan ke kad kredit ahli, diselaraskan bagi sebarang pembayaran balik, caj balik, pelarasan atau aktiviti yang tidak dapat disahkan.
- Ahli Premier boleh mengakru Mata Ganjaran pada kadar 25 mata bagi setiap dolar yang dicajkan ke kad kredit mereka.
- Ahli Elite75 boleh mengakru Mata Ganjaran pada kadar 31.25 mata bagi setiap dolar yang dicajkan ke kad kredit mereka.
15. Jika Agoda atau mana-mana rakan kerjasama Ganjaran Agoda dengan secara tidak betul menafikan sesuatu akruan atau faedah kepada ahli, liabiliti akan terhad kepada akruan atau faedah yang sama nilainya.
16. Mata Ganjaran Agoda akan dikredit hanya untuk kadar kelayakan yang dipamerkan, dan bukan untuk hotel di mana Agoda diberi kontrak berasaskan komisyen sahaja, penginapan percuma, sewa atau tiket, diskaun industri, kadar kumpulan atau kadar promosi istimewa. Mata Ganjaran Agoda tidak boleh digunakan bagi mana-mana caj kad kredit yang dibuat terus dengan hotel.
17. Hanya individu yang melakukan tempahan hotel menerima kredit Mata Ganjaran bagi perkhidmatan tersebut.
18. Agoda berhak membuat tawaran mata bonus dan promosi secara terpilih kepada ahli tertentu pada bila-bila masa, berdasarkan sejarah tempahan dan aktiviti tempahan, kedudukan geografi, penyertaan program atau faktor lain yang ditetapkan mengikut budi bicara tunggal Agoda.
19. Agoda akan, dalam kebanyakan kes, mengkreditkan akaun ahli dengan Mata Ganjaran terakru. Walau bagaimanapun, setiap ahli bertanggungjawab memastikan Mata Ganjarannya dikreditkan dengan betul. Di mana ahli mendakwa bahawa Mata Ganjaran telah diperoleh tetapi tidak dikreditkan, atau dalam keadaan di mana Agoda merasakan pengesahan diperlukan, Agoda berhak untuk mendapat bukti akruan daripada ahli tersebut, termasuk, tetapi tidak terhad kepada salinan resit atau dokumen seumpamanya yang mengesahkan transaksi yang didakwa telah dilakukan. Mana-mana tuntutan Mata Ganjaran oleh ahli dan bukti pengakruan mestilah diterima oleh Agoda dalam tempoh dua belas bulan selepas tarikh Mata Ganjaran tersebut didakwa diperoleh.
20. Tawaran Istimewa Ahli Sahaja yang disediakan untuk Ahli Ganjaran Agoda hanya boleh dibayar melalui Mata Ganjaran. Transaksi tunai tidak dibenarkan untuk tawaran istimewa ini.
21. Tawaran Istimewa Ahli Sahaja tertakluk kepada batasan dan polisi pembatalan unik. Menjadi tanggungjawab ahli memastikan bahawa mereka memahami batasan sebelum meneruskan tempahan "Tawaran Istimewa". Semua batasan dan syarat khas akan dipaparkan secara jelas di laman Tawaran Istimewa yang berkaitan.
22. Mata Ganjaran yang ditebus untuk Tawaran Istimewa tidak boleh dikembalikan. Menjadi tanggungjawab ahli untuk memenuhi tanggungjawab mereka berkaitan tempahan hotel.
23. Agoda bertanggungjawab sepenuhnya menentukan Tawaran Istimewa tersedia bagi ahli dan berhak untuk menangguhkan mana-mana atau kesemua Tawaran Istimewa atas budi bicaranya tanpa notis awal.
24. Mata ganjaran terakru di dalam akaun ahli akan dikekalkan di dalam akaun sehingga penebusan untuk ganjaran dilakukan atau sehingga tarikh luput dicapai, yang mana berlaku dahulu.
25. Mata ganjaran yang diperoleh dalam satu tahun kalendar kekal sah sehingga 31 Disember tahun kalendar ketiga selepasnya. Mata hampir luput bagi setiap tahun kalendar mesti ditebus untuk sesuatu ganjaran sebelum 31 Disember. Mata hampir luput yang tidak ditebus sebelum 31 Disember adalah tidak sah dan akan dipadam dari akaun. Akaun di mana Mata Ganjaran Terakru yang tidak digunakan selama 3 tahun penuh akan dianggap tidak aktif dan Agoda mempunyai hak untuk menutup akaun tersebut selepas tarikh luput mana-mana baki Mata Ganjaran.
Dalam kes di mana Mata Ganjaran, atas sebarang sebab, dikeluarkan dari akaun, bagi tujuan menebus ganjaran, dan kemudiannya dipulangkan, Mata Ganjaran yang dipulangkan ke dalam akaun tersebut tidak boleh dikira sebagai aktiviti akaun.
26. Ganjaran tersedia untuk penebusan dan jumlah Mata Ganjaran yang diperlukan untuk menebus setiap ganjaran akan ditentukan oleh Agoda dan diwartakan kepada ahli-ahli. Agoda akan menyediakan proses penebusan ganjaran, namun penebusan secara dasarnya bermaksud pertukaran Mata Ganjaran dari akaun ahli bagi sesuatu ganjaran yang ditentukan.
27. Mata Ganjaran yang diperoleh melalui dua atau lebih akaun berbeza tidak boleh digabungkan untuk penebusan mana-mana ganjaran.
28. Tempahan hotel Ganjaran Agoda tertakluk kepada polisi-polisi tarif, kontrak dan penginapan hotel di mana ahli dijadualkan menginap.
29. Struktur ganjaran tertakluk kepada pengubahsuaian, pembatalan atau pengehadan di bawah budi bicara Agoda, dengan atau tanpa notis. Jumlah Mata Ganjaran yang diperlukan untuk menebus mana-mana ganjaran boleh ditingkatkan dengan banyak, mana-mana ganjaran boleh ditarik balik, dan batasan ke atas mana-mana ganjaran atau penebusan ganjaran boleh dikenakan bila-bila masa. Pengumpulan Mata Ganjaran tidak melayakkan ahli Program memiliki mana-mana hak persendirian atas mana-mana ganjaran atau Program. Ganjaran hanya sah di hotel turut serta Program Ganjaran Agoda seperti yang ditentukan oleh Agoda. Hotel turut serta akan memaparkan dengan jelas logo Ganjaran Agoda dan proses tempahan akan jelas menunjukkan jika Mata Ganjaran boleh ditebus atau diakrukan. Agoda tidak akan dipertanggungjawabkan bagi mana-mana perubahan akibat daripada pembatalan sesebuah hotel turut serta daripada program.
|